- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dibekalkan bahan-bahan bantu pembelajaran yang telah disediakan oleh guru.
- Murid memahami tujuan pembelajaran pada hari ini.
- Murid melihat video yang dipersembahkan oleh guru dan menjawab beberapa soalan guru tentang isipadu cecair yang ditunjukkan di dalam video.
- Murid diminta menyukat isipadu bagi mangkuk pertama untuk mendapatkan berapa jumlah cawan air yang dimasukkan ke dalam bekas itu.
- Contohnya : Murid menuangkan secawan demi secawan air ke dalam mangkuk sehingga penuh.
- Murid dikehendaki mencatat bilangan cawan air yang dimasukkan ke dalam mangkuk tersebut.
- Murid mengulangi menuang air ke dalam mangkuk yang kedua dan mencatat bilangan cawan yang telah dituang.
- Murid menyatakan bilangan cawan yang telah dituang ke dalam kedua-dua mangkuk, bilangannya adalah sama.
- Murid diminta menuang air dari mangkuk A ke dalam jag A dan bandingkan air di dalam jag tadi dengan mangkuk kedua. Adakah ia sama banyak?
- Untuk memastikan ia sama banyak, murid diminta menuang air dari mangkuk B ke dalam jag B dan bandingkan jag A dengan jag B. Adakah ia sama banyak?
- Murid membuat kesimpulan bahawa air yang di dalam mangkuk adalah sama banyak dengan air yang terdapat di dalam jag walaupun jika dilihat jag adalah bekas yang tinggi.
Aktiviti Pertama (untuk murid aras rendah)
Cara-cara menyampaikan pengajaran: